gravatar

Kisah Dua Lan Bersahabat

Ketika ianya ditulis ianya hanyalah suatu spekulasi.

1. Siapakah di belakang suatu institusi indoktrinasi minda yang menjadi agen politik pro kerajaan.

2. Banyak analisan boleh dibikin.

3. Nilai 3 juta dan pembelian hutang Danaharta?

gravatar

Transformasi Baru Kian Rancak!

Bermula dari satu titik kekalahan. Kita tidak pernah nak merasa tewas. Kerana kita boleh bangkit dari apajua kejatuhan. Dunia ini adalah ruang yang amat luas. Seluas apa sahaja yang luas. Luas benar impian kita.

Kita nak melihat bangsa kita menjadi bangsa yang kuat. Bertamaddun dan hebat. Kita nak lihat bangsa kita dapat menjadi orang yang paling utama di dunia dalam apajua lapangan kehidupan. Dari itu kita mestilah belajar daripada kekalahan dan kesilapan yang lalu. Kita mesti perteguhkan semangat juang anak muda. Kita akan berusaha bersungguh-sungguh dan menghasilkan semuanya dengan penuh kesungguhan.

Kita tahu bahawa semangat kita tidak akan dan tiada pernah luntur. Kerana kekuatan ini secara besarnya masih milik kita. Lalu dari sini kita insafi dan teruskan perjuangan. Kita bukanlah sang pengecut dan lari dari kekalahan. Tapi kita jua mesti tahu manakah jalan yang akan membawa kepada kejayaan.

Di setiap kesulitan akan ada jalan keluar. Di setiap masalah akan wujud peluang. Kita akan bangkit dari tidur nan panjang. Yang telah melenakan insan lentang dek kontangan hartakasa. Lalu kita mesti memulai semula dengan jiwa yang teguh. Seperti yang telah dicahayakan kepada kita dahulunya.

Dan kita akan rembati semua kelemahan. Kita akan ajar anak-anak kita agar jadi lebih pandai. Lebih bijak dan lebih berjaya. Kita akan jumpai formula kebenaran di setiap usaha yang kita laksanakan. Kita punyai impian bernas. Kita fahami lekuk-liuk halangan yang memancarobai misi. Kita akan langkahinya satu persatu. Biar merangkakpun akan kita teruskan ini perjalanan.

Kerana sebenarnya kita yakin. Dalam wadah ini. Akan adanya Siraathal Mustaqiim. Kerana kebenaran senantiasa berada di rumah yang benar. Rahsia kehidupan kita singkap. Ayuh! Rakanku yang budiman. Kita akan jejak menara gading itu. Menara kesyumulan pentadbiran dalam dokongan Siyasi Syar'ie.

Iya benar itu. Jiwa ni akan dikuati oleh Cinta yang luhur. Oh! Titik kesyahduan siapa yang menamakannya adalah Diri ini. Akan kita percikan cita semangat di dalam Diri ini. Duhai Cinta si pembikin jiwa yang menyengat. Masih berlambak jiwa yang subur semangat dek dibakar kuatnya Cinta dan akan terus menyerlah. Dari silau sinar Cinta yang membangkitkan Jiwa ini. Semua akan bangun dan pasti bangun dan membangun. Dalam kita tak sedar kita sebenarnya telah menjadi Lebih Kuat dan Perkasa. Dan semakin akan letusnya gelodak semangat para Perwira. Dari celahan sinar Cinta itu kita telah terberangsang hati. Dan Cinta lantas mengajar kita untuk MEMULAKAN PEPERANGAN INI!!!!!

gravatar

Diharap Shabery Chik tidak menjadi liabiliti kepada UMNO

Shabery Chik harus memahami lanskap politik Malaysia juga ditunjangi sebahagian besarnya oleh pergerakan belia. Justeru Shabery Chik mesti bijak menanggapi arena. Kita tidak mahu beliau akhirnya menjadi liabiliti kepada UMNO.

Melihat kepada cara dan metodologi beliau menangani isu kempimpinan sebuah Pertubuhan Belia yang besar di Malaysia, jelas menampakkan kelemahannya. Akta Belia telah berlansung hampir empat tahun. Namun masih lagi dilihat kelibat Tan Sri Syed Hamid Albar sebagai orang belakang tabir. Kita lihat sahaja kenyataan beliau di Akhbar Utusan tempohari. Beliau membidas seorang pemimpin muda, Akhramsyah Muammar Ubaidah sebagi pembuat finat dan pembohong.

Shabery tak boleh lihat keadaan sebegitu tanpa sebarang tindakan bijak. Shabery Chik mestilah melakukan sesuatu.

gravatar

Mesyuarat Agung Tahunan MAYC Kebangsaan 2010

Mesyuarat Agung Tahunan MAYC 2010 bakal dilaksanakan di International Institute of Advamce Islamic Studies (Dalam perkarangan INTAN Wilayah Tengah), Jalan Elmu off Jalan Universiti, Petaling Jaya, Selangor pada 31 Julai 2010 bermula jam 8.30 pagi. Dato' Nasir Safar dijangka HADIR Merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan MAYC 2010. Semua Perwakilan dijemput hadir. Selamat Bersidang!

gravatar

Okays

okays