Archives

gravatar

Diharap Shabery Chik tidak menjadi liabiliti kepada UMNO

Shabery Chik harus memahami lanskap politik Malaysia juga ditunjangi sebahagian besarnya oleh pergerakan belia. Justeru Shabery Chik mesti bijak menanggapi arena. Kita tidak mahu beliau akhirnya menjadi liabiliti kepada UMNO.

Melihat kepada cara dan metodologi beliau menangani isu kempimpinan sebuah Pertubuhan Belia yang besar di Malaysia, jelas menampakkan kelemahannya. Akta Belia telah berlansung hampir empat tahun. Namun masih lagi dilihat kelibat Tan Sri Syed Hamid Albar sebagai orang belakang tabir. Kita lihat sahaja kenyataan beliau di Akhbar Utusan tempohari. Beliau membidas seorang pemimpin muda, Akhramsyah Muammar Ubaidah sebagi pembuat finat dan pembohong.

Shabery tak boleh lihat keadaan sebegitu tanpa sebarang tindakan bijak. Shabery Chik mestilah melakukan sesuatu.

gravatar

Mesyuarat Agung Tahunan MAYC Kebangsaan 2010

Mesyuarat Agung Tahunan MAYC 2010 bakal dilaksanakan di International Institute of Advamce Islamic Studies (Dalam perkarangan INTAN Wilayah Tengah), Jalan Elmu off Jalan Universiti, Petaling Jaya, Selangor pada 31 Julai 2010 bermula jam 8.30 pagi. Dato' Nasir Safar dijangka HADIR Merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan MAYC 2010. Semua Perwakilan dijemput hadir. Selamat Bersidang!